Wednesday, 4 June 2014

CHOCOLATE TRUFFLES


Salam, hye semua, apa khabar? harap sihat ye kawan2 semua. Lately
ni kecoh dengan isu coklat cadbury yang tak halal. Tapi baru jer tadi
saya terbaca keratan berita dari astro awani yang melaporkan pihak
Jakim telah mengesahkan produk tersebut halal. Nak tgk article tu,
refer sini yer : Jakim- status halal Cadbury.
Dan juga, saya juga ada membaca ulasan Dr.Maza
(Ustaz Mohd asri Zainal Abidin) di facebook
page nya : facebook Dr.Maza, yang mengulas bahawa cadbury halal dimakan.
Dengan segala reaksi dari segenap lapisan masyarakat, pendekatan saya mudah,
saya yakin dengan keputusan Jakim kerana mereka mempunyai kelengkapan
yang lengkap menjalankan kajian makmal untuk mejalankan siasatan ke atas
bahan makanan dan Jakim merupakan badan yang bertanggungjawab dan
diberikan amanah untuk memeriksa halal dan haram sesuatu produk makanan.
Kepada kwn2 yang masih ragu2 dan tak pasti, buat rujukan sepenuhnya
dahulu. Keputusan untuk memakan, atau tak, terpulang kepada kwn2 semua.
Kalau rasa was2, jgn di makan coklat tu. Cari alternative coklat yang lain,
bagi saya masih banyak coklat2 lain yang halal dan ada juga yang dikeluarkan
oleh kwn2 muslim kita. :)

Jadi, berbalik pada cerita asal, melalut pulak Kak Ani pagi ni. Hihi.
Cerita ni cerita tentang chocolate truffle. Chocolate truffles ni ialah sejenis
coklat yang lembut. Tak keras mcm coklat yang selalunya kita makan dan dia
mempunyai "coating" kat luar yang membuatkan dia bertambah sedap.
Ianya lembut, dan cair dalam mulut bila kita makan dan, bagi sy, truffles
ni one of my favourite sb sy mmg suka akan rasa dia! Selalunya kat UK
dan Eropah, mat salleh suka campurkan liquor ke dalam truffles ni. Jadi
mmg tak halal untuk kita makan. Tapi takpe, kita boleh cuba buat sendiri! :)
Alkisahnya, haritu masa saya buat cupcake coklat, saya gunakan chocolate
topping untuk cupcakes tu. Dan sudahnya, chocolate topping tu banyak
yang tak habis, bazir plak nak buang, saya simpan semuanya dalam peti sejuk
dan tadaaa!!! keesokkan harinya, Kak Ani ubah chocolate yang dah keras tu
kepada chocolate truffles ni. Resipinya mudah sgt, waktu coklatnya cair, ianya
sesuai untuk dijadikan topping untuk cupcakes, dan masa ianya mengeras,
ianya sesuai untuk dijadikan truffles. Jadi, kalau ada yg tak habis, jgn dibuang!
simpan dlm peti sejuk dan, esoknya boleh buat truffles! Jom kita tgk resipinya.

CHOCOLATE TRUFFLES
by : Iryani Choo

Bahan coklat :
300gm milk chocolate (coklat yang mempunyai kadar susu yang lebih)
300gm dark chocolate
300ml @ 1 1/4cwn whipping cream/double cream
(Kak Ani guna double cream)

Bahan coating :
1 cwn Serbuk badam
1 cwn Kelapa kering
1/2 cwn Serbuk coklat

1- Potong coklat kepada potongan2 kecil (senang nak larut nanti). Ketepikan.
Dalam mangkuk yang lain, panaskan whipping cream di dalam microwave atau
boleh juga dipanaskan dia atas dapur hingga bubbly/mendidih sikit dibahagian
tepinya. Tutup api.
2- Masukkan potongan kecil itu ke dalam whipping cream yang telah dipanaskan
tadi. Kacau sehingga semua coklat larut. Biarkan.
3- Kalau nak buat sebagai topping cake, kita boleh terus gunakan coklat ini.
Tapi bagi yang nak buat truffles, simpan adunan coklat ini didalam peti sejuk
selama 4jam, atau sehingga adunan coklat tu dah mengeras.
4- Keluarkan dari peti sejuk dan scoop dengan scoop kecil, bulatkan dan golekkan
 coklat keatas serbuk badam atau kelapa kering atau serbuk coklat. Susun didalam bekas.
Setelah selesai semuanya, masukkan semula kedalam peti sejuk dan sejukkan selama
4jam sebelum dimakan. Selamat mencuba!


**bagi yang susah untuk mencari dark dan milk chocolate, kalau nak pakai coklat 
yang sedia ada kat bakery tu pun boleh.
**bagi kwn2 yang kurang gemarkan rasa coklat yang pahit, elakkan menggunakan 
serbuk coklat sebagai coating. 
**coating untuk truffles ni boleh dipelbagaikan lagi. Boleh juga menggunakan 
serbuk pistachio, serbuk hazelnut, cornflakes yang diramas halus atau boleh juga 
dicelup kedalam dark atau white chocolate! Lagi sedap!




















No comments:

Post a Comment