Thursday 20 February 2014

UPDATE! UPDATE! UPDATE!

Salam. Kawan2 semua, sorry lama beno tak update blog ni..
2 tahun kot! memang betul2 lama! ngehehe. Sorry sangat2.
Memang terlalu busy and access to internet to sangat la
restricted tu la yang jadi tak update2 blog tu. Oleh kerana la
ni baru nak update blog, maka, apa yang anda semua bakal
lihat di wall blog saya adalah post2 resipi2 yang saya dah
pernah buat dan sekarang ni baru ada masa nak upload
dalam blog. Jadi postnyer caca marba sikit. Ada yang lama,
ada yang baru. Tapi Insya Allah, resipinya tetap jelas.
Insya Allah, lepas ni saya akan lebih aktif berblogging
compare to 2 tahun yang lepas. Saya sedang berusaha untuk
kumpul journal2 memasak saya selama saya di negara orang
ni untuk berkongsi dengan kawan2 sekalian! :)

ok la kawan2, pasni ada evening masterclass plak. Saya undur
diri dulu yer. Nak kena siap2 pegi kelas. :)

SUPERMOIST CHOCOLATE CAKE



SUPERMOIST CHOCOLATE CAKE

coklat kek ni serious,the best and sedap. buat kek ni untuk birthday
my nephew yg baru masuk umur setahun gitu. mula2 suspen gak,sbb
takut buat tak jadi,tapi alhamdulillah.mmg best kek ni. heheh.

tapi untuk resipi ni, i tak bakar kek tu.kukus jer trus.dlm lebih kurang
 50minit. Originally amik resipi ni dari blog kak hasue. Copy sebijik!
 heheh.thnks kak.But empunya resipi ni ialah chef zubaidah.
Ganache dia plak,simple jer. tapi,sedap n siap i piped buat deco kat 

ats kek.

Resepi Asal: Chef Zubaidah
Olahan:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum >hasue guna tepung hong kong
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan 

sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 

kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan 
 hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit 

bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

resipi ganache.Thnks to blog guru coklat.Simply sedap! (kuantiti nyer i dah 

ubah skit. sbb kek ni besaq,jadi topping pun lebih la.heheh)

3 cawan whipping cream
1kg dark cooking choclate

+potong coklat jadi cube2 kecil. masukkan dlm mangkuk. (lagi kecik,lagi 

senang nak cair uols.hehe)

+ panaskan whipping cream hingga mendidih skit.pastu angkat dan curahkan 

ke dlm mangkuk yg berisi coklat tadi. sejukkan n make sure mase nak tuang 
atas kek nanti,kek tu dah sejuk k.

**buat yang nak jadikan coklat ganache ni as hiasan atas kek,nak piped, make 

sure sejukkan dlm peti sejuk dulu,lebih kurang satu jam. then cuba masukkan 
 dlm piping beg n picit.kalu cair,sejukkan sikit lagi dlm peti ais.

MOIST CHOCOLATE CAKE



MOIST CHOCOLATE CAKE

ni kek untuk besday my mum. amacam? heheh.terketar2 tgn buat deco.
maklumler,baru mula nak belajaq deco2 ni. heheh.tapi,alhamdulillah,
menjadi! resipi dia sama mcm resipi kek chocolate moist chef zubaidah.
Cuma choc ganachenyer,i cairkan skit time ni.nak kasi effect2 meleleh2
 gitu n cara bakar dia, i guna bain marie technique.heheh. Let's try the receipe!!

Resepi Asal: Chef Zubaidah
Olahan:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 100g Serbuk Koko*
* 200g Gula pasir*
* 1 tin Susu sejat*
* 200g Minyak Masak Sayuran*
* 250g Susu Pekat*
* 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
* 150g Tepung Gandum >hasue guna tepung hong kong
* 1 st Soda Bikarbonat
* 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan 

sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering 

 & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit 

bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus 
( BAIN MARIE - bakar selama 1 jam)
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

SUPERSIMPLE CHEESECAKE



huhu.setelah lama tak menulis kat page ni,moh sini kite nak share 
apa yg kite masak aritu. aritu ceritanya ada sorg member studio 
bwk cheesecake simple ni, tak biasa mkn lagi masa tu,mkn2, rasa 
sgt la sedap. balik umah, try la dlm 2 3 hari lepas. buat 1 batch 
untuk family g vacation.heheh. cheesecake ni,mmg, SUPERB! 
**bagi saya la.heheh.serious sedap n sgt la mudah bebenor nak 
buatnyer. apalagi uols, jom kita mencoba resipi senang nih!

kredit n thnks to rakan2 blog.saya amik ni dari blog dorg.saya ada 

durhaka sikit2.heheh

SUPERSIMPLE CHEESECAKE

1 buku/250gm cream cheese (anne guna jenama tatura)
1/2 cwn susu pekat manis (kalu penggemar manis,bleh jadikan 3/4)
3 sudu makan susu segar
1/2 cwn susu segar- suamkan
1 1/2 biskut cheese bulat (jenama KRAFT,JULIE pun boleh)
1/2 buku cheddar cheese- parut, untuk tabur
1/2 - 1 cwn milo -untuk tabur

cara-cara :

1) putar cream cheese dgn susu hingga sebati. Lebih kurg 5-7 minit 

 camtu. Bila dah sebati, masukkan susu segar. Kacau lagi hingga sebati.
2) sediakan bekas/loyang (anne guna tupperware je). Lapikkan bekas tu

 dgn plastik atau baking paper.(ni nanti senang nak kuarkan nak potong)
3) Celup biskut dlm susu segar- 1 saat jer tau! pastu susun dlm bekas.

jadikan satu layer. Pastu, ratakan adunan cheese tadi atas layer biskut tu. 
Sudah tu, taburkan milo di ats lapisan cheese tu. Ulang process ni hingga
 habis n make sure disudahi dgn adunan cheese.
4) Taburkan cheese parut tadi tu. Pastu tutup bekas n masukkan dlm peti ais. 

Simpan semalaman atau dlm 3-4 jam camtu.

**kek ni,best served masa dia baru kuar dari petiais.time dia sejuk.mmg 

sedap.ok gengs? selamat mencoba!!!

DONUT GEBU



DONUT GEBU

aritu teringin sgt nak mkn donut. jadi punya la search resipi
donut yg lembut and gebu. Lalu, terjumpa la resipi yg best ini.
mmg lembut donutnyer...sedap sgt!
resipi ni, i dpt dari seorg member blog yg sgt2 rajin memasak.
thnks kak hasue! Moh lerr..kite mencuber kwn2!

Bahan-bahannya:
500gm tepung roti / tepung gandum
1 sb shortening
50gm mentega
2 sb gula pasir
1 paket (11gm) yis
1/4 sd garam
2 sb susu tepung / susu pekat (guna susu tepung lbh sedap)
1 biji telur
190ml air suam2 kuku

cara-caranya:
satukan semua bahan kecuali tepung dan telur. kacau rata hingga gula larut.
apabila yis dah berbuih ayak kan tepung sedikit dan kacau guna sudu hingga 

melekat..
masukkan tepung yang selebihnya dan telur..uli hingga tepung tak melekat 

di tangan dan mangkuk.
bahagikan doh kecil2 dan bulat2kan..
apabila dah siap lubangkan bahagian tengah, atau cetak dengan acuan donat.
panaskan minyak dan goreng donat dengan api yang perlahan sekali.
apabila dah kekuningan boleh diangkat dan salutlah dengan coklat masak 

dan hias ikut kesukaan masing2

AGAR-AGAR PANDAN SANTAN


As-salam semua. sorry dah lama tak update page ngan resipi terbaru sbb bz
sgt2 lately. huhu. tak sempat nak tgk page. btw, ni ialah agar2 pandan santan.
Kite buat ni time raya haji aritu.tapi tak sempat nak upload,skrg baru nak
upload kan. huhu. agar2 ni sdp buat penggemar perisa pandan sbb dia
bersantan. lemak n manis gitu.paling sesuai mkn time cuaca terik.mmg
menyamankan tekak. hehe. ok la. let's enjoy the receipe!

AGAR-AGAR PANDAN SANTAN

10g agar2 serbuk.
4 cwn air
1 cwn gula
1 kotak santan pekat (guna santan serbuk pun boleh+1cwn air)
1 sudu besar pes pandan
1/2 sudu teh garam

cara2:
1) masak agar2 bersama 4 cwn air di dlm periuk.masak hingga agar2 melarut 

sepenuhnya.
2) bila agar2 dah larut, masukkan santan kotak.perlahan kan api dan kacau sebati
.
Masukkan gula, kacau sebati dan biar selama 5 minit dgn api perlahan.
3) Setelah gula,santan dan agar2 sebati/larut, masukkan pes pandan dan akhir 
sekali garam. Kacau sebati dan biar lebih kurg 5 minit.
4) angkat dan tuang ke dlm loyang atau acuan yg awak2 semua gemari.heheh.
**mcm kes kite ni,kita actually buat agar2 ni sbb nak testing acuan baru beli 

kat kedai.heheh) aah, jgn lupa yer kwn2, sebelum tuang agar2 dlm acuan,
make sure acuan tu dibasahkan sikit. bukan ape,untuk senang agar2 keluar dari 
loyang nanti. ok? selamat mencuba!!

NEW YORK CHEESECAKE

 
NEW YORK CHEESECAKE

Salam, kepada kwn2, sorry lama tak update page dengan
resipi terbaru sebab terlalulah busy dgn banyak urusan kerja
and study. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat peluang
sambung belajar ke Edinburgh, Scotland. Jadi, disebabkan
barangan tenusu seperti cheese,cream dan butter, agak murah
 disini, jadi, weouls pun cobe2 la buat resipi yang setelah lama
 terpendam dibuku hati -- New York Cheesecake! selama ni 
punya dok pendam nak try sebab cis mahai uols kat tanahair.
hehe. Before ni,saya ni mmglah peminat cheesecake secret resipi, 
cheesenya intense and kita dpt rasa layer2 cheese compound msa 
mkn kek tu. Jadi, saya pun cube la resipi cheesecake dari 
Anna Olson ni, mmg sedap! Resipi yg saya share ni, version saya la. 
ada ubah sikit2. heheh. kalu nak yg ori, boleh cari dkt page 
anna olson ok? Ape lagi uols, jom cube!

NEW YORK CHEESECAKE

LAPISAN BAWAH :
1 3/4 serbuk biskut digestive(yg dah dikisar/tumbuk halus)
1 cwn butter cair

LAPISAN CHESSE :

500gm cream cheese (biar lembut pada suhu bilik)
3/4 cwn gula halus (kalu nak manis melebih2,boleh tambah)
2 cb tepung jagung
2 cb esen vanilla
2 sk parutan kulit lemon
3 biji telur (saiz A/besar)
1 kuning telur (saiz besar)
200gm sour cream(krim masam)
2 sk jus lemon

CARA-CARA :

-panaskan oven - 170 darjah celcius
-loyang bulat/petak -8inci

LAPISAN BAWAH
- campur kedua-dua bahan ni (make sure kita boleh kepal serbuk biskut tu 

yer, kalu masih berderai, tambah butter skit lagi)
-masukkan ke dalam loyang berukuran 8inci. Tekan/mampatkan dan 

ratakan di dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 10 min. Ketepikan 
dan biarkan sejuk.

-untuk adunan cheese plak, naikkan suhu oven hingga 200 darjah.
-Putar cream cheese hingga kembang. Masukkan gula, dan pukul lagi 

 hingga kembang dan sebati. Masukkan tepung jagung, esen vanilla dan 
 parutan lemon. Putar. Seterusnya, dengan menggunakan low speed,
masukkan telur
satu persatu dan akhirnya masukkan telur kuning.
-Seterusnya, masukkan sour cream dan pukul lagi dengan low speed. 

 Pastikan adunan dikacau sepenuhnya dan tiada bintil2 cheese. Tuangkan
 ke atas lapisan biskut.
-Bakar kek pada selama 10minit dengan suhu 200 darjah.Selepas itu, 

kurangkan suhu ke 105 darjah dan teruskan membakar selama 30minit.
 Matikan oven, dan biarkan kek di dalam oven selama 30minit. Setelah 
30minit, buka sedikit pintu oven dan biarkan kek di dalam oven selama 
30minit lagi.
-Keluarkan kek dari oven, dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik 

sepenuhnya. Seterusnya, tutup permukaan loyang dengan aluminium
 foil dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan selama 6 jam.
-Hiaskan kek dengan buah strawberi/ikut citarasa .Saya guna strawberi 

jer 

Tips:
*kek ni sgt sedap dihidang selepas keluar dari peti sejuk.
*untuk mendapatkan potongan cantik, pastikan pisau bebas comot

(hasil potongan) bagi setiap kerja memotong. Baru cantik lorrr~
*resipi ni sengaja saya lebihkan kuantiti biskut tu, sbb nak dapatkan 

 lapisan bawah yg tebal. Bagi yg kurang gemar lapisan biskut tebal, boleh 
 kurangkan menjadi 1cwn biskut hancur saja.
 


CHOCOLATE LAVA CAKE

 
CHOCOLATE LAVA CAKE 

As-salam semua!! harini nak share resipi chocolate lava ni. 
Sape suka mkn kek choc lava yg kat dominos tu? hihi. Ni 
kes sebab crave sgt nak mkn chocolate! Tetiba teringatkan 
chocolate lava cake yg kat dominos tu kan. Huuh! mmg 
best mkn! Pulak mkn time winter ni! hihi. Memang best. 
Jadi, saya pun cuba resipi yg saya amik kat sorang kwn
 blogggers ni. Thanks sgt2. Mintak izin sy panjangkan/
share kat sini. Memang sedap, simple n cepat sgt nak 
buatnyer! Frankly speaking, kek ni mmg sgt2 rich dengan
 chocolate,thick sgt! Kita boleh rasa pahit lemak chocolate
 tu. And yg paling bestnyer, boleh mkn lava lembut kat 
tengah tu! superb! Nak buat pun tak susah. Simple yet 
sedap! Jadi, kepada kwn2 yg minat chocolate tu, saya mmg 
rekemen kek ni sgt2 !!

**Boleh guna ramekin atau petitin cupcake/muffin.
**Jgn bakar lebih dari 15min! nanti tak jadi larva tgh2 tu!
**Kek lava ni kena mkn panas2 yer kwn2, baru la dpt effect
 lava cair kat tengah tu and baru kick! Jom kita try buat~

CHOCOLATE LAVA CAKE

Bahan-bahan ( menghasilkan 4 biji ramekin )

1 cawan dark chocolate yg dicincang
6 sudu besar mentega yg dah dicairkan
2 biji telur
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar tepung
1 sudu besar serbuk koko
Secubit garam

CARA-CARA :
1-Panaskan oven dengan suhu 160 darjah. Ketepikan. 
Didalam mangkuk, cairkan chocolate dan butter (guna kaedah 
double boiler atau masuk dlm microwave jer). Setelah cair,
masukkan serbuk koko.
2- Pukul telur dan gula hingga kembang.Anggaran lebih kurang 
5 minit. Campurkan dengan adunan choc tadi.
3- Masukkan tepung dan garam.Gaul hingga sebati dengan 
spatula. Tuangkan ke dalam bekas remekin yang telah digris dengan 
butter.
4- Masukkan ramekin ke dalam peti sejuk sebentar- 5minit. 
Keluarkan dan terus masukkan ke dalam oven.
5- Masukkan ke dalam oven. Bakar selama 15min. Adunan
 tak boleh bakar lebih dari 15 min yer. Nanti tak jadi cair kat tengah
tu. Setelah masak, keluarkan dan terus hidang. Sedap dimakan 
bersama ice cream vanilla. Senangkan?

RED VELVET WITH CREAM CHEESE

RED VELVET WITH CREAM CHEESE
 
As-salam, hye semua! Kali ni nak share resipi si baldu merah ni.
Buat kek ni sebab memenuhi permintaan kawan-kawan kat Edin ni yang
teringin sangat nak mkn kek ni. Topping untuk red velvet ni saya guna
cream cheese. Memang best kalu dpt mkn dgn potongan buah2 kat atas tu.
And make sure potong and makan lepas 2jam simpan dalam peti ais yer. Baru kick!

2 1/2 cwn tepung kek (buat sendiri pun boleh)
1 st serbuk penaik
1/2 buku butter
1 1/4 cwn gula castor
2 biji telur
1 botol pewarna merah
2 sudu sebuk koko- bancuh dgn pwarna jadikan pes
1 st esen vanilla
1 kotak kecik susu full cream
1sb cuka mkn
1 st soda bikarbonat
1 st cuka mkn - (di hujung bancuhan, mix dgn soda hingga bunyi berdesir,

cpt2 masuk dlm adunan.)

CREAM CHEESE
125gm butter/minyak sayuran
250gm cream cheese
125gm mascarpone cheese
2cwn whipping cream - pukul hingga kembang
1 st esen vanilla/ jus lemon
1/3 cwn gula icing

Cara-cara :

1) Ayak tepung kek dan serbuk penaik. Ketepikan. Dalam mangkuk lain, pukul 

butter dan gula castor hingga kembang. masukkan esen vanilla.kemudian,masukkan 
telur satu per satu.pukul hingga sebati.
2) masukkan pes merah-choc.kacau hingga sebati.
3) masukkan tepung,kacau hingga sebati. kemudian,masukkan buttermilk.
( tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung)
4) Akhir sekali, masukkan soda yang dicampur dengan cuka, bunyi berdesir dan 

cepat2 masuk dlm adunan.
5) kacau adunan dgn kelajuan tinggi. Griskan loyang dan lapik permukaan loyang 

dengan baking paper(senang nak tanggal dari loyang nanti) . masukkan adunan ke dlm 
loyang dan bakar api AB (20min) , api B(10min), api AB(20min)- 160darjah.
6) Bila kek dah sejuk, boleh la di deco dengan cream cheese mengikut kreativiti 

masing-masing!

**AB = api atas bawah
**B = api bawah
** suhu oven bergantung pada jenis oven. Oven saya yang saya guna ialah oven 

elektrik yang biasa tu. Kalau oven besar, suhu berbeza, naikkan 175-180 darjah.

self made tepung kek (1cwn):
2st tpg jagung + tpg gandum penuh kan dlm cwn yg sama.-ayak bersama 3kali

self made buttermilk :
1 sb cuka
1 kotak kecil susu penuh krim - kacau dan biar sekurang-kurangnya 10minit


Wednesday 19 February 2014

CHOCOLATE CHUNKS MUFFINS




















CHOCOLATE CHUNKS MUFFINS 
buat penggemar muffin dan juga coklat(seperti saya ni!! :P), 
ini adalah salah satu resipi yang anda semua perlu cuba2!

CHOCOLATE CHUNKS MUFFINS

Salam semua! hari ahad ni, buat ape? Kalau boring2 tu, boleh la kita panaskan skill memasak kat dapur yer. Hihi. Kali ni saya nak share recipe muffin. Saya ni amat lah suka mkn muffin. Especially yg moist,huh! boleh mkn sampai berbijik2. Pastu esok,timbang berat nyesal! hihi. So,kali ni nak share recipe saya amik dari nigella lawson. Mmg sedap!! moist and yg paling penting sgt la mudah nak buat.
Satu benda yg kita kena tau pasal pembuatan muffin ni, kita tak boleh overmix dia,dlm erti kata lain, terlebih pukul adunan dia mcm kita pukul adunan kek. Muffin tak boleh overmix,sbb nanti dia tak naik dan texture dia tak gebu dan mantap. Jadi kwn2,jgn overmix yer. Cukup sekadar mix semua bahan2 biar sebati.

CHOCOLATE CHUNKS MUFFINS

3 cwn tepung naik sendiri
1 ½ cups gula castor/halus
2 tbs baking powder
2 biji telur
1 cwn minyak sayur/masak
1 tbs esen vanilla
1 ½ cwn yoghurt asli/sour cream
2 cwn cincangan coklat (cincang besar2 skit,baru best!)

Cara-cara :
1- Panaskan oven,sekurang2nya 10minit. Di dalam mangkuk kering, campurkan bahan2 kering bersama dan kacau sebati. Buat lubang ditengah-tengah adunan kering ni. Biarkan.
2- Di dalam mangkuk yang lain, pukul 2 biji telur. Cukup sekadar telur tu bercampur,tak payah pukul hingga kembang. Kemudian, masukkan minyak,esen vanilla dan yogurt. Kacau hingga adunan sebati.
3- Tuangkan adunan basah ke dalam adunan kering. Kaup balikkan perlahan-lahan hingga adunan sebati. Ingat!! masa ni,jangan overmix adunan. Cukup sekadar mix menggunakan spatula dan adunan sebati.Tak perlu guna mixer.
4- Masukkan ke dalam petitin yg di lapik cawan kertas. Bakar dengan suhu 160 darjah selama 20minit,atau sehingga muffin naik dan permukaannyer kuning keperangan. Keluarkan dan biarkan sejuk sebelum dihiasi dengan coklat cair/ikut kreativiti anda! Senangkan?