Thursday, 20 February 2014

NEW YORK CHEESECAKE

 
NEW YORK CHEESECAKE

Salam, kepada kwn2, sorry lama tak update page dengan
resipi terbaru sebab terlalulah busy dgn banyak urusan kerja
and study. Alhamdulillah, saya bersyukur dapat peluang
sambung belajar ke Edinburgh, Scotland. Jadi, disebabkan
barangan tenusu seperti cheese,cream dan butter, agak murah
 disini, jadi, weouls pun cobe2 la buat resipi yang setelah lama
 terpendam dibuku hati -- New York Cheesecake! selama ni 
punya dok pendam nak try sebab cis mahai uols kat tanahair.
hehe. Before ni,saya ni mmglah peminat cheesecake secret resipi, 
cheesenya intense and kita dpt rasa layer2 cheese compound msa 
mkn kek tu. Jadi, saya pun cube la resipi cheesecake dari 
Anna Olson ni, mmg sedap! Resipi yg saya share ni, version saya la. 
ada ubah sikit2. heheh. kalu nak yg ori, boleh cari dkt page 
anna olson ok? Ape lagi uols, jom cube!

NEW YORK CHEESECAKE

LAPISAN BAWAH :
1 3/4 serbuk biskut digestive(yg dah dikisar/tumbuk halus)
1 cwn butter cair

LAPISAN CHESSE :

500gm cream cheese (biar lembut pada suhu bilik)
3/4 cwn gula halus (kalu nak manis melebih2,boleh tambah)
2 cb tepung jagung
2 cb esen vanilla
2 sk parutan kulit lemon
3 biji telur (saiz A/besar)
1 kuning telur (saiz besar)
200gm sour cream(krim masam)
2 sk jus lemon

CARA-CARA :

-panaskan oven - 170 darjah celcius
-loyang bulat/petak -8inci

LAPISAN BAWAH
- campur kedua-dua bahan ni (make sure kita boleh kepal serbuk biskut tu 

yer, kalu masih berderai, tambah butter skit lagi)
-masukkan ke dalam loyang berukuran 8inci. Tekan/mampatkan dan 

ratakan di dalam loyang. Bakar di dalam oven selama 10 min. Ketepikan 
dan biarkan sejuk.

-untuk adunan cheese plak, naikkan suhu oven hingga 200 darjah.
-Putar cream cheese hingga kembang. Masukkan gula, dan pukul lagi 

 hingga kembang dan sebati. Masukkan tepung jagung, esen vanilla dan 
 parutan lemon. Putar. Seterusnya, dengan menggunakan low speed,
masukkan telur
satu persatu dan akhirnya masukkan telur kuning.
-Seterusnya, masukkan sour cream dan pukul lagi dengan low speed. 

 Pastikan adunan dikacau sepenuhnya dan tiada bintil2 cheese. Tuangkan
 ke atas lapisan biskut.
-Bakar kek pada selama 10minit dengan suhu 200 darjah.Selepas itu, 

kurangkan suhu ke 105 darjah dan teruskan membakar selama 30minit.
 Matikan oven, dan biarkan kek di dalam oven selama 30minit. Setelah 
30minit, buka sedikit pintu oven dan biarkan kek di dalam oven selama 
30minit lagi.
-Keluarkan kek dari oven, dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik 

sepenuhnya. Seterusnya, tutup permukaan loyang dengan aluminium
 foil dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan selama 6 jam.
-Hiaskan kek dengan buah strawberi/ikut citarasa .Saya guna strawberi 

jer 

Tips:
*kek ni sgt sedap dihidang selepas keluar dari peti sejuk.
*untuk mendapatkan potongan cantik, pastikan pisau bebas comot

(hasil potongan) bagi setiap kerja memotong. Baru cantik lorrr~
*resipi ni sengaja saya lebihkan kuantiti biskut tu, sbb nak dapatkan 

 lapisan bawah yg tebal. Bagi yg kurang gemar lapisan biskut tebal, boleh 
 kurangkan menjadi 1cwn biskut hancur saja.
 


No comments:

Post a Comment