Saturday 19 July 2014

RESIPI CARAMEL CHEESECAKE MUDAH

As-salam. Entry kali ni, Kak Ani nak cerita pasal cheesecake ni. 
Caramel cheesecake ni sebenarkan resipi asalnya ialah layer 
cheesecake atau persona layer cheesecake yang sememangnya 
terkenal dengan rasanya yang sgt cheesy dan sedap. Cuma resipi kali ni, 
Kak Ani kasik twist skit, Kak Ani letak caramel kat atasnya, dan serbuk 
nestum Kak Ani gantikan dengan Weetabix cereal yang ditumbuk2 halus. 
Mmg sedap uols. Rasa2 caramel, diselangi pulak dengan rasa caramel 
yang manis lemak tu. Senang crita, mmg sesuai la untuk yang nak 
tambahkan berat badan time raya nanti! hihi. First Kak Ani try resipi ni, 
masa untuk berbuka puasa ramai2 ngan kwn2 Edinburgh aritu. 
Alhamdulillah, dapat feedback yang sangat menggalakkan. Jadi, Kak Ani 
nak share resipi ni dengan kwn2 yang lain semua supaya dapat juga 
merasa kesedapan kek cheese mudah ni. Kek ni mmg sesuai untuk 
dijadikan juadah manisan untuk raya nanti. Resipinya yang simple 
dan tak makan masa yang lama untuk buat. Al-maklumlah kan, raya 
nnti mesti ramai yang sibuk.Mana nak buat ketupat, mana nak buat gulai 
daging, mana nak panaskan rendang, mana nak siapkan anak2 lagi. 
Memang busy kan pagi raya. Jadi, resipi ni mmg sesuai dan bagi Kak Ani, 
tak keterlaluan untk Kak Ani kelaskan resipi ni dalam resipi "luxury dessert". 
Sesuai bagi yang tercari2 resipi istimewa untuk hari dan tetamu yang 
istimewa! Jom kita tengok resipi dibawah. Bagi yang nak tengok resipi 
asal, boleh la tgk kat sini yer Super Simple Cheesecake . Owh ya, asal 
resipi ni Kak Ani ambil dari kwn2 blog dan Kak Ani durhaka dan modify 
sikit ikut tekak Kak Ani. Terima Kasih tak terhingga pada kwn2 yang 
sudi berkongsi dan izinkan Kak Ani share resipi ni di sini untuk tatapan 
kwn2 yang lain ya. :)


RESIPI CARAMEL CHEESECAKE MUDAH
By : Iryani Choo
Saiz hidangan : 8-10 orang

2 paket cream cracker -Kak Ani guna biskut jenama TUC(gambar). 
Kalau nak guna biskut Ritz (Kraft) atau biskut Hup Seng yang empat 
segi tu pun boleh. Ala biskut yang org utagha pangey biskut "patsegi" tu! :)
300gm philadelphia cream cheese- boleh juga guna Tartura
200gm/ 1 bekas mascarpone cheese
1 cwn gula icing
1 tin susu pekat - bagi kwn2 Malaysia, guna hanya 3/4 tin susu pekat yer. 
Kat Edinburgh, susu pekat dia tin kecil, jadi kena guna 1 tin.
1 sb gelatin halal - larutkan dengan 3 sb air panas
1 cwn susu segar/lowfat/full fat
2 cwn serbuk Weetabix cereal/nestum
Susu pekat caramel untuk hiasan

1- Putar philadephia cheese dan mascarpone cheese hingga kembang.
Masukkan gula icing. Putar perlahan dan pastikan sebati. Masukkan
susu pekat. Putar seketika hingga adunan sebati. Seterusnya masukkan
gelatin yang dah larut. Putar hingga semuanya sebati. Ketepikan.

2- Sediakan bekas kaca/loyang/tupperware. Lapikkan dengan plastik,
lebih senang nak keluarkan nanti dan dipotong. Mulakan melapis.
Celupkan biskut ke dlm susu dan susun memenuhi loyang. Seterusnya
letakkan lapisan adunan cheese, dlm 3-4 senduk kecil. Taburkan dengan
serbuk weetabix atau serbuk nestum. Ulang lapisan hingga habis biskut
dan akhiri lapisan dengan adunan cheese. Taburkan serbuk weetabix
atau nestum pada permukaan yang terakhir/teratas. Seterusnya, hiaskan
dengan coret-coretan susu caramel.

3- Tutup bekas dengan aluminium foil atau penutup. Simpan didalam
peti sejuk selama sekurang2nya 4jam. Biarkan kek benar2 sejuk sbb kek
 ni sgt sedap dimakan sejuk. Hidangkan sejurus selepas dikeluarkan dari
peti sejuk.

Simple kan? Geng2 bujang pun boleh buat! ;) Selamat mencuba!

***Haipp haippp!!! jgn keluarkan kek dari peti sejuk sebelum kek sejuk.
Pastikan kek benar2 sejuk yer, baru sedap..sila bersabar skit yerr~ ;)


 Biskut ni Kak Ani beli kat Tesco Edinburgh
Susu ni pun. Kat Malaysia Kak Ani tak sure ada ka tak.
Rasanya ada kot :)

RESIPI PUDING COCKTAIL BUAH


Entry yang ni plak, Kak Ani nak share resipi yang menjadi kegemaran 
family Kak Ani dari kami kecik2 lagi. Puding ni, resipi asalnya 
Kak Ani ambil dari mama Kak Ani. Mmg sedap dan nyaman jer 
tekak kalau mkn puding ni. Hihi. Rasa manisnya just nice, dan 
combination masam buah, rasa creamy susu sejat, butter dan a 
hint of garam di dalam adunan puding ni yang membuatkan puding
 ni enak di makan. Terutama bila baru keluar dari peti sejuk! Sesuai
 sangat kita buat untuk berbuka puasa dan juga untuk raya ni, boleh
 kita buat untuk santapan para tetamu yang berkunjung ke rumah. 
Puding ni juga mudah untuk disediakan dan yang penting, mmg 
menjadi kegemaran kanak2 dan juga org dewasa. Jadi, kepada kwn2 
yang masih lagi pening nak sediakan hidangan apa untuk raya ni, boleh 
la cuba hidangkan hidangan ni. Cepat, mudah dan paling penting enak. 
Jom kita jengguk resipi dia kat bwh ni yer.



RESIPI PUDING COCKTAIL BUAH
Resipi asal : Mama Nolia
Saiz hidangan : 6-8 org

20g agar-agar tali atau serbuk - agar2 tali direndam untk  hasilkan 
texture yg lembut dan senang larut
3 mug air kosong
1 mug gula
1 tin/ 1 mug susu cair - kalau di Malaysia, susu Ideal paling sedap. 
Kat Edinburgh, boleh guna Carnation
1 st garam halus
1 sb butter
1-2 ketul gula batu - untuk kasi di glaced/berkaca sikit
Simpulan daun pandan - untuk wangi, kalau takde boleh gantikan dgn 
1st esen vanilla.

1- Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan agar2 dan daun pandan kedalam
air dan masak dengan api sederhana perlahan hingga agar2 larut sepenuhnya.
Apabila agar2 dah larut,masukkan susu dan kacau sebati. Masukkan gula.
Kacau perlahan dan biarkan mendidih kecil seketika. Seterusnya masukkan
garam, gula batu dan juga butter. Kacau hingga semuanya larut dan biarkan
mendidih seketika sambil dikacau.

2- Tutup api dan tuangkan didalam bekas. Jangan tuang terlampau penuh,
sbb nanti kita nak masukkan buah2 potong, nanti melimpah ruah jadinya.
Cukup sekadar tuang 1/2 atau 2/3 tin sahaja. Seterusnya, taburkan buah2
dalam tin yang dah disejat air gulanya. Pastikan sejat yer air gula tu, karang
manis melecaih, bak kata org utara! Boleh juga kalau kita nak basuh dulu
buah tu bagi yg tak nak manis. Biarkan agar2 sejuk/mengeras pada suhu
bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan semasa sejuk.

Senangkan uols? Selamat mencuba!

*** Masa nak memotong tu challenging skit yer kwn2. Kalau nak dpatkan
hasil potongan yang smooth dan tak berlubang2 dek buah2 yang tertanggal,
pastikan potong dengan pisau yang tajam dan potong/hiris perlahan2.
Jgn dipaksa2 gitu. Ok?

 Ni la hasilnya. Ingat kwn2,masa menuang agar2 tu, jgn terlampau penuh
yer dalam bekas tu. Takut melimpah ruah nanti masa masukkan buah.
Bahan-bahannya yang simple dan mudah dicari

RESIPI CHEESY SOSEJ GULUNG & TUNA GULUNG

 As-salam. Hello kwn2. Good morning. Sini still lagi morning.
Sorry lama sungguh tak update blog dan resipi sbb sgt busy siapkan
master paper. Ni dah hantar first draft, boleh la bernafas skit. Tu pun
dok takut tunggu feedbak dari supervisor! hihi. Orait, pagi ni, Kak Ani
nak share skit menu iftar semalam. Meriah bukan main iftar semalam,
meja penuh dengan pelbagai jenis makanan.Kalah hotel tau! Alhamdulillah,
best sgt, serta merta menggamit kenangan berbuka bersama keluarga
tercinta di kampung. Kat kampung dulu, disebabkan family member
ramai, jadi biasanya mmg berbuka dengan pelbagai jenis lauk dan
kuih muih terhidang atas meja. Sebab tu tiba2 teringatkan kampung.
Puasa kwn2 lak mcm mana? mesti meriah kan? hihi..

Ok la, mai kita tgk resipi yang simple ni. Resipi ni, Kak Ani penah guna
buat meniaga kat warong kampung dulu. Masa lps SPM, sambil2 tunggu
result, Kak Ani meniaga kuih dan bihun goreng kat warong. Antara kuih
yang Kak Ani jual dulu, sosej gulung,donut gebu dan donut Malaysia.
hihi,best pulak ingatkan pengalaman berniaga kat warong dulu. Bangun
pagi seawal pukul 3pagi uols, uli doh, goreng bihun,buat tu,buat ni.
Mmg kejar masa, nak hantar kat kedai pukul 6pagi. Untung tak banyak
mana pun, tapi puas hati sbb dapat pengalaman buat kuih. Mmg berharga
pengalaman tu. Alhamdulillah, kuih ni mmg mendapat sambutan. Cuma
masa kat warong dulu, takde la Kak Ani letak cheese kan.Hanya sosej jer.
Atas tu Kak Ani hiaskan dgn sos dan mayonis.

Resipi ni sgt simple tapi rata2 digemari oleh yang dewasa dan juga yg kecil.
Sebab dia mcm fancy sikit dgn combination sosej dan cheese kan. Rasa pun
 sedap dan yang paling penting, sng dan cepat nk sediakan. Sesuai buat
berbuka dan juga hidangan ni Kak Ani selalu buat time pegi picnic. Mmg
sesuai dan kenyang! :) ok la, jom kita check resipi.


SOSEJ GULUNG & TUNA GULUNG
by Iryani Choo
Saiz hidangan : (20++ org) resipi ini menghasilkan 10 biji sosej 
gulung dan 10 biji tuna gulung

1 buku roti (Kak Ani guna wholemeal)
10 btg sosej
10 keping cheese
1 tin tuna (dlm air) - boleh ganti dgn sardin/mackerel
1 biji bwg holland - dicincang
4-5 sb mayonis
1/2 atau 1 st garam -ikut masin yer
1 biji telur - dipukul sikit, untuk lekatkan roti tu masa menggulung
minyak untuk menggoreng - minyak guna bnyk sbb kita nak 
goreng deep fired

mayonis dan sos cili/tomato sebagai hiasan

1- Sediakan inti tuna dulu. Lecekkan tuna, dan masak sebentar
di dalam microwave. Lebih kurang dlm 3-4minit, high power.
Keluarkan dan campur tuna dengan mayonis ,bawang cincang
dan garam. Gaul sebati. Ketepikan. Rebuskan sosej, atau masak
di dalam microwave sebentar, dlm 2-3minit.

2- Proses menggulung : Gelekkan roti menggunakan rolling pin.
Sapukan sedikit telur di hujung roti. (boleh refer gambar kat bawah)
Letakkan cheese dan seterusnya letakkan sosej. Gulung perlahan
sosej tersebut. Pastikan dihujung gulungan tu, kita tekan sikit
gulungan tu supaya telur melekat dengan sempurna dengan roti.
Ini penting supaya nnti gulungan kita kemas dan tak terburai
semasa menggoreng. Buat sehingga habis. Sama juga dengan
gulungan tuna, cuma untuk gulungan tuna, tak perlu letak cheese.
Cuma sudukan satu sudu tuna dan gulung hingga habis.

3- Panaskan minyak di dalam kuali besar dengan menggunakan api
sederhana. Pastikan minyak betul2 panas supaya kuih yang terhasil
nanti garing dan tak menyerap minyak. Bila minyak dah panas,
masukkan gulungan satu demi satu. Cepat2 balik-balikkan dengan
sudip untuk menggelakkan gulungan hangus/hitam. Goreng hingga
kekuningan atau brownish. Angkat dan toskan di dalam pinggan
berlapikkan tisu untuk menyerap minyak. Biarkan seketika. Potong
gulungan untuk dihidang dan hiaskan dengan coret-coretan sos cili
dan mayonis di atas. Siap! senangkan?

Selamat mencuba yer! :)