Monday, 12 May 2014

TART LANDAK

Dua tiga menjak ni sungguh la busy siapkan final project papers yg bertimbun. Pasni nk kena start master paper plak. Stress kak ani! Bila dah stress ni, mcm2 la kan mulut ni dok teringin nak ngap! Semuanya manis2 belaka. Tart landak ni mmg dok taram dari aritu lagi nk buat, tapi disebabkan project paper yg bertimbun, terpaksa hold jap. So,arini dah free, boleh la buat. Kak Ani suka sgt tart ni. Teringat mcm kat kg dulu2, time raya, ni mmg tart feberet Kak Ani. Suka sbb baunya wangi dengan cengkih tu. Tapi jgn la ngap cengkih tu yer! Hilang selera plak kang! hihi.Kak Ani guna fine scottish butter buat adunan kali ni. Mmg sgt sedap dan creammmyy! Jadi kwn2 kalu nak buat tart yg sedap, guna butter yg mahal. Confirm sdp! k lah, jom kita layan resipi~

TART LANDAK
(sumber resipi : Reen Khan)
adunan menghasilkan 36bijik tart (size besar)


Bahan bahan (badan tart) :

300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor

**resipi untuk jem nenas boleh refer kat sini : 

JEM NENAS MADU

Cara cara :
1)Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
2)Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu.
3)Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
4)Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai 

(rub-in method).
5)Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh. Kiranya doh 

agak kering, tambahkan butter skit lagi supaya doh senang dibentuk.
6)Masukan sedikit inti, bentuk seperti bentuk nenas , gunting pada 

permukaan nya seperti sisik ikan (cara nak gunting dan bentuk tart 
landak, rujuk di gambar kat bwh yer~)
7)Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter
8)Bakar 180c selama 20-25 minit atau sehingga cantik masaknya. 

(oven kak ani bakar selama 25min)
9) Sedap dimakan masa panas. Kalu nak simpan,sejukkan pada suhu 

bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. ok? 

CARA-CARA MEMBENTUK TART LANDAK 
(BADAN DAN KELOPAK/DURI)
**kwn2, masa menggunting tu, gunting dgn slow dan sedikit saja. Bukan 
gunting sampai putus yer. Kalau putus, patah durinya dan tak cantik nanti :)






LAKSA UTARA

salam semua! harini lunch awak-awak semua mkn ape? harini,
kite buat laksa untuk lunch! hihi. punya dok teringin dari aritu nak
mkn. Alang2 balik bercuti ni,nak dpt daun laksa pun senang, jadi
kite pun segera lah buat Laksa ni! Alhamdulillah, sedap uols!
Resipi ni resipi combination 3 sources, iaitu kite cedok resipi skit
dari mak, mak mertua and mama kite...lalu, jadilah laksa
yg texture dan kuahnya yg agak pekat,masam dan pedas! 
En. hubby suka laksa yg pekat, tu yang kite cube2 combine resipi 
tu. Kepada yg nak try, resipinyer kat bwh ni yer.




LAKSA UTARA




Kuah :

9 ekor ikan kembong (saiz biasa)-basuh,hilangkan hanyir & rebus hingga masak.



BAHAN A (dikisar denngan 1 1/2 cwn air)
*9 biji cili merah
*6-7 biji cabai melaka
*2 cm belacan
*2 labu bawang besar(saiz sederhana),jika besar,guna 1 jer

Seikat daun laksa
3 btg serai-dititik
2 btg bunga kantan-dihiris
5-6 keping asam keping
3 cwn air
2 sb otak udang/petis
1-2 sb garam (agak2 yer)
1 st serbuk perasa

CARA-CARA :

1-asingkan isi dan tulang dari ikan. Kalu boleh,pastikan tiada tulang melekat
di isi yg diasing itu.
2-Kisar tulang ikan dengan air rebusan tadi. Kisar halus dan tapiskan tulang2
 menggunakan penapis halus. Tapis beberapa kali jika uols tak yakin/takut
tulang masih berbaki.
3-dan isi yg dah kita asingkan tadi,ditumbuk kasar. Jgn terlalu halus yerr. ni
semua bagi mendapatkan kuah yg pekat. Ketepikan.
4-Dalam periuk sederhana besar, masukkan bahan kisar A tadi ke dlm periuk.
Masukkan 3 cwn air lagi -ikut korg yer, kalu nak cair,masukkan lebih skit.
Renihkan selama 10-15min bersama daun laksa, serai, dan bunga kantan.
5-seterusnya, masukkan air ikan yg dikisar tadi. Kacau sementara. seterusnya
masukkan isi ikan yg ditumbuk tadi. Masukkan asam keping. Kacau sebati.
Tambahkan air jika terlampau pekat.
6-Masukkan otak udang. Perasakan dengan garam dan perasa.
7-Rebus dan renih sekurang2nyer 30minit ke 1jam. Kuah akan mula mengering,
sebati dan pekat. Jika terlampau pekat, boleh la tambahkan air mengikut
kepekatan yg disukai yer?
8- Hidangkan kuah dgn laksa dan rencah2 sayurnya. Sedap dimakan panas2!

MOIST CHOCOLATE & VANILLA CUPCAKES FOR DATUK MUKHRIZ'S DINNER TALK









Alhamdulillah, happy sangat dalam 2 hari lepas, Isnin 7/4/2014, saya berpeluang buat cupcakes untuk Dato' Mukhriz yang datang ke Scotland sambil meluangkan masa melawat kami pelajar2 University of Edinburgh, Herriot Watt University dan Queen Margaret's University. Kami beramai2 menyambut kedatangan Dato' Mukhriz di Restoran Nanyang, jadi actually event mlm tu is dinner. Bermula sekitar 7pm. Kira sesi dinner dan perbincangan ilmiah bersama Dato' Mukhriz la senang citer. Saya excited sgt2, sbb yela first time jumpa Dato' Mukhriz dan sgt nervous sebab saya buat cupcakes untuk majlis malam tu. Jadi, saya kena pastikan cupcakes sedap dan dapat menjadi desert yg sempurna untuk mkn malam tu. Takut uols! kalu tak sedap, keciwa org yg mkn!hihi

Tadaa!! Cupcakes for Dato' Mukhriz. Alhamdulillah, hilang penat buat cupcakes bila Dato' puji ckp cupcake coklat sgt sedap sbb dia peminat hardcore coklat! Kwn2 yang lain pun ckp cupcakes sedap,ada yg suka vanilla ada yg suka sgt coklat tu. hihi..Thanks semua. Terharu sgt..sebak sat! (drama kan?) hihi..Anyway, thank you so much Dato'. Dato' Muhkriz semua org tahu mmg very the humble, the best and sporting habis. Siap berselfie ramai2 lagi pas dinner ngan kami semua. hihi. Uols jgn jeles yerp! 





CUPCAKES MOIST CHOCOLATE





CUPCAKES MOIST CHOCOLATE 
(original recipe is Martha Stewart Chocolate Cupcakes, diambil dari blog kak azie)
by : Iryani Choo

2 1/2 cwn tepung kek
1 1/4 cwn serbuk koko
3 cwn gula (boleh kurangkan, tapi bagi saya dah just nice rasanya sebab koko dan nescafe pahit. Kalau kurangkan takut tak rasa plak nanti, yer idok?hihi)
2 1/2 st baking soda
1 1/4 st baking powder
1 1/2 st garam halus
@ bijik telur gred A+ 1 telur kuning gred A
1 1/4 cwn buttermilk
1/2 cwn + 2sb minyak (minyak biasa pun boleh,saya guna minyak bunga matahari)
2 st esen vanilla
1 1/2 cwn air panas (campur dgn 1sk nescafe, kasi mocha effect skit!hihi)

Adunan menghasilkan sebanyak lebih kurang 45-50biji cupcake saiz sederhana.
oven : 175-180 darjah celcius
Panaskan oven sebelum membakar

**Bagi yang nak resipi cupcakes vanilla, boleh refer sini yer : 
CUPCAKE VANILLA

1- Ayak semua bahan kering dan gaul sebati dalam mangkuk. Ketepikan.
2-Dalam bekas lain, putar telur hingga kembang dan tambahkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memukul dengan speed mixer sederhana tinggi. Tambahkan minyak,buttermilk,esen vanilla,air panas dan nescafe. Pukul hingga semuanya sebati.
3-Buat lubang/well di dalam mangkuk tepung. Masukkan semua adunan cecair dan tinggalkan lebihan cecair lebih kurang 1cwn adunan cecair (ini adalah untuk mengelakkan adunan jadi terlampau cair). Kacau rata guna mixer dgn kelajuan low speed supaya semuanya sebati. Keadaan adunan adalah tak terlalu cair dan terlampau pekat. Sederhana sahaja dan mudah untuk dituang kedalam jug sebelum dituang kedalam cwn kertas. Tuangkan kedalam cwn kertas - 1/3 atau 1/2 aras cwn kertas.
4-Bakar dalam oven selama 20minit. Jgn overbake ya korg, takut nanti kek jadi kering. Tak syiok lorr. Setelah masak, kelurkan dari oven, kiranya tak pasti masak ker tak, cucuk jer ngan pisau or lidi. Setelah itu, sejukkan diatas talam/redai kek dan sekiranya dah betul2 sejuk, simpan di dalam bekas bertutup. Akan lebih moist! Pastu baru letak frosting k. Hiaslah sesuka hati. Saya hias moist cupcake ni guna chocolate fudge. Jgn letak frosting bila kek masih suam or panas, tak jadi frosting nnti sbb icing / chocolate fudge akan mencair.

CUPCAKE VANILLA







Alhamdulillah, happy sangat dalam 2 hari lepas, Isnin 7/4/2014, saya berpeluang buat 
cupcakes untuk Dato' Mukhriz yang datang ke Scotland sambil meluangkan masa 
melawat kami pelajar2 University of Edinburgh, Herriot Watt University dan Queen 
Margaret's University. Kami beramai2 menyambut kedatangan Dato' Mukhriz di 
Restoran Nanyang, jadi actually event mlm tu is dinner. Bermula sekitar 7pm. 
Kira sesi dinner dan perbincangan ilmiah bersama Dato' Mukhriz la senang citer. 
Saya excited sgt2, sbb yela first time jumpa Dato' Mukhriz dan sgt nervous sebab 
saya buat cupcakes untuk majlis malam tu. Jadi, saya kena pastikan cupcakes 
sedap dan dapat menjadi desert yg sempurna untuk mkn malam tu. Takut uols! 
kalu tak sedap, keciwa org yg mkn!hihi

Tadaa!! Cupcakes for Dato' Mukhriz. Alhamdulillah, hilang penat buat cupcakes 

bila Dato' puji ckp cupcake coklat sgt sedap sbb dia peminat hardcore coklat! 
Kwn2 yang lain pun ckp cupcakes sedap,ada yg suka vanilla ada yg suka sgt 
coklat tu. hihi..Thanks semua. Terharu sgt..sebak sat! (drama kan?) hihi..
Anyway, thank you so much Dato'. Dato' Muhkriz semua org tahu mmg very 
the humble, the best and sporting habis. Siap berselfie ramai2 lagi pas dinner 
ngan kami semua. hihi. Uols jgn jeles yerp! 

CUPCAKE VANILLA
(sumber asal : baking blog, nama blog dah lupa! sorry~)
by: Iryani Choo
1 1/4 cawan tepung kek
1 1/4 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam halus
2 biji telur
3/4 cwn gula halus
1 1/2 sk esen vanilla
1/2 cwn minyak - saya guna minyak bunga matahari
1/2 cwn buttermilk (boleh buat sendiri 1/2 cwn susu segar + 1/2 sm apple 

cider, biarkan selama 10 min sebelum guna)

Adunan ni boleh menghasilkan sebanyak 20-22biji cupcakes saiz sederhana
suhu oven : 175 darjah celcius


**untuk yang nak buat cupcake coklat moist,boleh refer sini yer :
CUPCAKE CHOCOLATE MOIST

1) Panaskan oven. Ayak dan campurkan bahan2 kering didalam mangkuk. 

Ketepikan.
2) Pukul telur selama 20saat. Tambahkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan 

dengan memutar dengan kelajuan sederhana selama 1-2minit. Tambahkan esen 
vanilla dan juga minyak. Pukul hingga adunan sebati.
3) Kurangkan kelajuan mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan tepung dan 

buttermilk secara berselang seli. (Tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung). 
Pastikan adunan berakhir dengan tepung yer. Putar hingga keseluruh adunan sebati.
4) Tuangkan adunan kedalam jug penyukat (ni untuk kasi senang nak masukkan 

dlm cawan kertas nanti, takdela comot2! hihi) . Setelah itu, tuangkan adunan 
didalam jug ke dalam cwn kertas. Sekiranya korg nak kepala cupcakes tak melebihi 
mulut cawan kertas,(mcm kebanyakan cupcakes saya diatas) , uols kena tuang 
1/3 cwn kertas saja. Tapi kalau nak kepala cupcakes tu kembang melebihi mulut 
cawan kertas tu, boleh la letakkan hingga 1/2 aras cwn kertas.
5) Bakar di dalam oven selama 18-20minit atau hingga kepala cupcake kekuningan. 

Cucukan cupcake dengan lidi sekiranya tak pasti cupcakes dah masak. Jika lidi 
keluar bersih, maknanya dah masak la yer. hihi. Setelah masak, sejukkan diatas 
talam/redai. Setelah sejuk, masukkan dlm bekas bertutup. Ini akan membuatkan 
cupcakes lebih moist.

**Saya bakar dlm remekin saiz kecil, jadi, cupcakes yg terhasil bersaiz medium.

Saya buat mcm ni sbb kat Edinburgh ni takder cwn cupcake yg mcm kat Malaysia. 
Yg keras tu. senang nak kawal saiz. Kat sini, yg ada hanyalah cwn cupcakes yg 
biasa.Yg bergigi2 tu. Jadi terpaksa guna remekin supaya cupcakes tu ikut size
 remekin tu.

JEM NENAS MADU

Resipi jem nenas ni hanyalah resipi basic, Kak Ani ubah sikit resipinya.
Kisahnya, Kak ani takdak stok kulit kayu manis, jadi instead of guna
kulit kayu manis untuk harumkan jem tu, Kak Ani guna esen vanilla
dan madu untuk wangikan jem ni. Sedap,lembut dan wangi. Jadi bagi
kwn2 yg kurang gemar guna kulit kayu manis, boleh la try resipi ni.
dan lagi satu, kalu boleh,guna nenas yg muda yer, yg kulit masih hijau 
tu. Kalu nak guna yg dah ranum pun boleh, cuma nenas yg ranum 
menghasilkan air yg banyak. Jadi lebih better guna nenas muda. 
Jom kita layan resipi jem ni yer~
JEM NENAS MADU
Adunan ni menghasilkan lebih kurang 1 1/2cwn jem nenas. Sesuai untuk 

buat seadunan tart nenas.

1 biji nenas (size sederhana ke atas)
1 cwn gula pasir
1 st esen vanilla
2 sb madu

Cara-cara :
1) Kupas dan buang mata nenas. Bersihkan. Sagat halus ke dalam bekas.
2) Masukkan nenas yg disagat ke dalam periuk. Panaskan dengan api 

sederhana hingga mendidih. Masukkan gula, esen vanilla dan madu. 
Kacau sebati dan biarkan ianya mengelegak dengan api sederhana.
3) Jem akan semakin memekat, kacau selalu untuk elakkan jem hangus. 

Tutup api apabila jem kering (seperti gambar) dan biarkan jem sejuk 
sebelum digunakan untuk mengisi tart. Simpan jem didalam balang 
atau bekas kedap udara,simpan didlm peti sejuk dan jem dpt tahan lama.

PANCAKES SEDAP

As-salam semua. Ape khabar? harap semua sihat la nu.. Alhamdulillah, 
smlm Kak Ani berkesempatan menyambut ulang tahun pertama 
perkahwinan. Syukur ya Allah. Disebabkan smlm busy skit di Glasgow, 
tak sempat nk bake apa2 semlm. Jadi pagi ni, breakfast special skit. 
Saya memang penggemar pancakes. Jadi pagi ni try la buat pancakes ni. 
Sedap dan lembut sgt pancakes yg terhasil dari resipi ni. Dan yg paling 
penting, tak manis melampau dan sgt sedap bila dimakan bersama butter 
dan madu. Jumlah adunan yg terhasil dari resipi ni mmg sesuai untuk 
mereka yg berkeluarga. Jadi bagi mereka yg nk jimat, especially zaman2 
jimat skrg ni kann, boleh la try buat pancakes ni untuk dimkn bersama
family. Breakfast yg berkualiti, sedap dan affordable bak kata org! hihi. 
Kalau nk beli kat luar,mmg la mhl kan. Ok la, jom kita jenguk resipi dia k!




PANCAKES SEDAP
sumber : Kind Kyttocks - youtube

3biji telur
600ml susu segar/low fat
450g tepung gandum
150g gula
4st baking powder
1st esen vanilla

1- Ayak tepung dan baking powder di dalam mangkuk. Ketepikan.
2- Dengan menggunakan hand mixer/mixer, pukul telur hingga kembang.

 Masukkan susu dan teruskan memukul hingga kembang.
3- Masukkan tepung yg telah diayak. Pukul sebati dan akhirnya masukkan 

gula dan teruskan memukul selama 3-5minit hingga semuanya sebati dan
adunan licin tidak berketul.
4- Rehatkan adunan selama 1jam. Tutupkan permukaan mangkuk dengan 

aluminium foil dan tebuk lubang2 kecil pada permukaan foil supaya adunan 
dapat bernafas.
5- Setelah satu jam, panaskan non-stick pan. Dengan api sederhana, pastikan 

pan panas dan tuangkan sesenduk adunan ke atas pan. Adunan akan merebak 
secara membulat. Biarkan seketika selama 2-3 minit hingga permukaan 
pancake berbuih/lubang2 kecil. Alihkan pancake dan pastikan ianya berwarna 
soft brown/kekuningan di kedua2 pemukaan. Angkat dan hidang semasa 
ianya panas. Senangkan kwn2? 

**sedap dimakan panas2 bersama2 butter dan madu.
**sesuai untuk breakfast atau minum petang bersama teh o panas!