Monday, 12 May 2014

CUPCAKES MOIST CHOCOLATE





CUPCAKES MOIST CHOCOLATE 
(original recipe is Martha Stewart Chocolate Cupcakes, diambil dari blog kak azie)
by : Iryani Choo

2 1/2 cwn tepung kek
1 1/4 cwn serbuk koko
3 cwn gula (boleh kurangkan, tapi bagi saya dah just nice rasanya sebab koko dan nescafe pahit. Kalau kurangkan takut tak rasa plak nanti, yer idok?hihi)
2 1/2 st baking soda
1 1/4 st baking powder
1 1/2 st garam halus
@ bijik telur gred A+ 1 telur kuning gred A
1 1/4 cwn buttermilk
1/2 cwn + 2sb minyak (minyak biasa pun boleh,saya guna minyak bunga matahari)
2 st esen vanilla
1 1/2 cwn air panas (campur dgn 1sk nescafe, kasi mocha effect skit!hihi)

Adunan menghasilkan sebanyak lebih kurang 45-50biji cupcake saiz sederhana.
oven : 175-180 darjah celcius
Panaskan oven sebelum membakar

**Bagi yang nak resipi cupcakes vanilla, boleh refer sini yer : 
CUPCAKE VANILLA

1- Ayak semua bahan kering dan gaul sebati dalam mangkuk. Ketepikan.
2-Dalam bekas lain, putar telur hingga kembang dan tambahkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memukul dengan speed mixer sederhana tinggi. Tambahkan minyak,buttermilk,esen vanilla,air panas dan nescafe. Pukul hingga semuanya sebati.
3-Buat lubang/well di dalam mangkuk tepung. Masukkan semua adunan cecair dan tinggalkan lebihan cecair lebih kurang 1cwn adunan cecair (ini adalah untuk mengelakkan adunan jadi terlampau cair). Kacau rata guna mixer dgn kelajuan low speed supaya semuanya sebati. Keadaan adunan adalah tak terlalu cair dan terlampau pekat. Sederhana sahaja dan mudah untuk dituang kedalam jug sebelum dituang kedalam cwn kertas. Tuangkan kedalam cwn kertas - 1/3 atau 1/2 aras cwn kertas.
4-Bakar dalam oven selama 20minit. Jgn overbake ya korg, takut nanti kek jadi kering. Tak syiok lorr. Setelah masak, kelurkan dari oven, kiranya tak pasti masak ker tak, cucuk jer ngan pisau or lidi. Setelah itu, sejukkan diatas talam/redai kek dan sekiranya dah betul2 sejuk, simpan di dalam bekas bertutup. Akan lebih moist! Pastu baru letak frosting k. Hiaslah sesuka hati. Saya hias moist cupcake ni guna chocolate fudge. Jgn letak frosting bila kek masih suam or panas, tak jadi frosting nnti sbb icing / chocolate fudge akan mencair.

No comments:

Post a Comment