As-salam semua. Ape khabar? harap semua sihat la nu.. Alhamdulillah,
smlm Kak Ani berkesempatan menyambut ulang tahun pertama
perkahwinan. Syukur ya Allah. Disebabkan smlm busy skit di Glasgow,
tak sempat nk bake apa2 semlm. Jadi pagi ni, breakfast special skit.
Saya memang penggemar pancakes. Jadi pagi ni try la buat pancakes ni.
Sedap dan lembut sgt pancakes yg terhasil dari resipi ni. Dan yg paling
penting, tak manis melampau dan sgt sedap bila dimakan bersama butter
dan madu. Jumlah adunan yg terhasil dari resipi ni mmg sesuai untuk
mereka yg berkeluarga. Jadi bagi mereka yg nk jimat, especially zaman2
jimat skrg ni kann, boleh la try buat pancakes ni untuk dimkn bersama
family. Breakfast yg berkualiti, sedap dan affordable bak kata org! hihi.
Kalau nk beli kat luar,mmg la mhl kan. Ok la, jom kita jenguk resipi dia k!
PANCAKES SEDAP
sumber : Kind Kyttocks - youtube
3biji telur
600ml susu segar/low fat
450g tepung gandum
150g gula
4st baking powder
1st esen vanilla
1- Ayak tepung dan baking powder di dalam mangkuk. Ketepikan.
2- Dengan menggunakan hand mixer/mixer, pukul telur hingga kembang.
Masukkan susu dan teruskan memukul hingga kembang.
3- Masukkan tepung yg telah diayak. Pukul sebati dan akhirnya masukkan
gula dan teruskan memukul selama 3-5minit hingga semuanya sebati dan
adunan licin tidak berketul.
4- Rehatkan adunan selama 1jam. Tutupkan permukaan mangkuk dengan
aluminium foil dan tebuk lubang2 kecil pada permukaan foil supaya adunan
dapat bernafas.
5- Setelah satu jam, panaskan non-stick pan. Dengan api sederhana, pastikan
pan panas dan tuangkan sesenduk adunan ke atas pan. Adunan akan merebak
secara membulat. Biarkan seketika selama 2-3 minit hingga permukaan
pancake berbuih/lubang2 kecil. Alihkan pancake dan pastikan ianya berwarna
soft brown/kekuningan di kedua2 pemukaan. Angkat dan hidang semasa
ianya panas. Senangkan kwn2?
**sedap dimakan panas2 bersama2 butter dan madu.
**sesuai untuk breakfast atau minum petang bersama teh o panas!
No comments:
Post a Comment