Monday, 12 May 2014

CUPCAKE VANILLA







Alhamdulillah, happy sangat dalam 2 hari lepas, Isnin 7/4/2014, saya berpeluang buat 
cupcakes untuk Dato' Mukhriz yang datang ke Scotland sambil meluangkan masa 
melawat kami pelajar2 University of Edinburgh, Herriot Watt University dan Queen 
Margaret's University. Kami beramai2 menyambut kedatangan Dato' Mukhriz di 
Restoran Nanyang, jadi actually event mlm tu is dinner. Bermula sekitar 7pm. 
Kira sesi dinner dan perbincangan ilmiah bersama Dato' Mukhriz la senang citer. 
Saya excited sgt2, sbb yela first time jumpa Dato' Mukhriz dan sgt nervous sebab 
saya buat cupcakes untuk majlis malam tu. Jadi, saya kena pastikan cupcakes 
sedap dan dapat menjadi desert yg sempurna untuk mkn malam tu. Takut uols! 
kalu tak sedap, keciwa org yg mkn!hihi

Tadaa!! Cupcakes for Dato' Mukhriz. Alhamdulillah, hilang penat buat cupcakes 

bila Dato' puji ckp cupcake coklat sgt sedap sbb dia peminat hardcore coklat! 
Kwn2 yang lain pun ckp cupcakes sedap,ada yg suka vanilla ada yg suka sgt 
coklat tu. hihi..Thanks semua. Terharu sgt..sebak sat! (drama kan?) hihi..
Anyway, thank you so much Dato'. Dato' Muhkriz semua org tahu mmg very 
the humble, the best and sporting habis. Siap berselfie ramai2 lagi pas dinner 
ngan kami semua. hihi. Uols jgn jeles yerp! 

CUPCAKE VANILLA
(sumber asal : baking blog, nama blog dah lupa! sorry~)
by: Iryani Choo
1 1/4 cawan tepung kek
1 1/4 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam halus
2 biji telur
3/4 cwn gula halus
1 1/2 sk esen vanilla
1/2 cwn minyak - saya guna minyak bunga matahari
1/2 cwn buttermilk (boleh buat sendiri 1/2 cwn susu segar + 1/2 sm apple 

cider, biarkan selama 10 min sebelum guna)

Adunan ni boleh menghasilkan sebanyak 20-22biji cupcakes saiz sederhana
suhu oven : 175 darjah celcius


**untuk yang nak buat cupcake coklat moist,boleh refer sini yer :
CUPCAKE CHOCOLATE MOIST

1) Panaskan oven. Ayak dan campurkan bahan2 kering didalam mangkuk. 

Ketepikan.
2) Pukul telur selama 20saat. Tambahkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan 

dengan memutar dengan kelajuan sederhana selama 1-2minit. Tambahkan esen 
vanilla dan juga minyak. Pukul hingga adunan sebati.
3) Kurangkan kelajuan mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan tepung dan 

buttermilk secara berselang seli. (Tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung). 
Pastikan adunan berakhir dengan tepung yer. Putar hingga keseluruh adunan sebati.
4) Tuangkan adunan kedalam jug penyukat (ni untuk kasi senang nak masukkan 

dlm cawan kertas nanti, takdela comot2! hihi) . Setelah itu, tuangkan adunan 
didalam jug ke dalam cwn kertas. Sekiranya korg nak kepala cupcakes tak melebihi 
mulut cawan kertas,(mcm kebanyakan cupcakes saya diatas) , uols kena tuang 
1/3 cwn kertas saja. Tapi kalau nak kepala cupcakes tu kembang melebihi mulut 
cawan kertas tu, boleh la letakkan hingga 1/2 aras cwn kertas.
5) Bakar di dalam oven selama 18-20minit atau hingga kepala cupcake kekuningan. 

Cucukan cupcake dengan lidi sekiranya tak pasti cupcakes dah masak. Jika lidi 
keluar bersih, maknanya dah masak la yer. hihi. Setelah masak, sejukkan diatas 
talam/redai. Setelah sejuk, masukkan dlm bekas bertutup. Ini akan membuatkan 
cupcakes lebih moist.

**Saya bakar dlm remekin saiz kecil, jadi, cupcakes yg terhasil bersaiz medium.

Saya buat mcm ni sbb kat Edinburgh ni takder cwn cupcake yg mcm kat Malaysia. 
Yg keras tu. senang nak kawal saiz. Kat sini, yg ada hanyalah cwn cupcakes yg 
biasa.Yg bergigi2 tu. Jadi terpaksa guna remekin supaya cupcakes tu ikut size
 remekin tu.

No comments:

Post a Comment